Monday, March 26, 2012

Tentang 'Ketuanan Melayu'

Saya rasa kita tidak perlu terlalu risau jika 'ketuanan Melayu' hilang atau tercalar. Ianya takkan tercalar selagi kita sendiri tidak membenarkannya tercalar. Integrity Melayu tercalar selalunya berlaku bukan kerana anasir luar, tapi kerana kita sendiri yang mencalarkannya dengan meninggalkan pengangan agama, menerima rasuah dan mengabaikan tanggungjawab dan amanah. Jika kita memandang politik, ekonomi dan sains sosial itu sebagai satu ibadah, kita mungkin akan selangkah lebih maju menjadi negara dengan Islam sebagai agama rasmi paling maju di dunia. Pandanglah membina negara yang aman dan makmur sebagai satu medium terbaik untuk keredhaanNya dan mencapai syurga di akhirat. Integrity Melayu itu dilindungi Islam yang kekal, bukan hanya sekadar dilindungi perlembagaan yang boleh diubah-ubah


1 comment:

Nurin Farhanah said...

betul, sikap kita sendiri yang sebenarnya menentukan "ketuanan" tu

kalau masih tidak mahu berdiri sendiri,berusaha bersungguh-sungguh, harap bantuan orang sahaja, mana 'ketuanan' nya

Popular Posts